AIDS bukanlah satu penyakit yang
tersendiri. AIDS merujuk kepada kumpulan
penyakit-penyakit yang dihidapi oleh
orang-orang yang positif HIV. Dengan
lumpuhnya keupayaan tubuh, mereka yang
dijangkiti HIV lebih mudah terdedah
kepada pelbagai jenis kuman termasuklah
yang tidak membahayakan manusia normal.
Di antara penyakit-penyakit ini
termasuklah jangkitan-jangkitan
oportunistik (iaitu yang mengambil
kesempatan) seperti radang paru-paru,
batuk kering, thrush (selaput putih pada
lidah dan dalam mulut), beberapa jenis
barah dan beberapa jenis penyakit kulit
seperti kayap.
AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi
jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini
melalui beberapa fasa:
Fasa 1: |
Bermula dengan
HIV menjangkiti seseorang
individu. |
Fasa 2: |
Di mana virus tersebut
membiak tetapi pesakit masih
tidak mempamerkan sebarang
tanda-tanda atau gejala-gejala
yang tertentu. |
Fasa 3: |
Membiak dan berkembang
membawa kepada kewujudan
beberapa tanda dan gejala yang
memburukkan lagi mekanisme
pertahanan tubuh. |
Fasa 4: |
Pesakit mula mengalami
penyakit-penyakit yang jarang
berlaku yang digelar ‘infeksi
oportunistik’ seperti
Pneumocystis Carinii Pneumonia
dan kanser termasuk Sarkoma
Kaposi. |
Fasa 5: |
Pesakit tersebut disahkan
sebagai pesakit AIDS. Di dalam
fasa ini, mekanisme pertahanan
mengalami kemusnahan yang teruk
dan sudah tidak mampu lagi untuk
melawan serangan bakteria, virus
dan kuman-kuman lain. |