AIDS bukanlah satu penyakit yang
tersendiri. AIDS merujuk kepada kumpulan
penyakit-penyakit yang dihidapi oleh
orang-orang yang positif HIV. Dengan
lumpuhnya keupayaan tubuh, mereka yang
dijangkiti HIV lebih mudah terdedah
kepada pelbagai jenis kuman termasuklah
yang tidak membahayakan manusia normal.
Di antara penyakit-penyakit ini
termasuklah jangkitan-jangkitan
oportunistik (iaitu yang mengambil
kesempatan) seperti radang paru-paru,
batuk kering, thrush (selaput putih pada
lidah dan dalam mulut), beberapa jenis
barah dan beberapa jenis penyakit kulit
seperti kayap.
AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa:
AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa:
Fasa 1: | Bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu. |
Fasa 2: | Di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang tertentu. |
Fasa 3: | Membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisme pertahanan tubuh. |
Fasa 4: | Pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar ‘infeksi oportunistik’ seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasuk Sarkoma Kaposi. |
Fasa 5: | Pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisme pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-kuman lain. |
No comments:
Post a Comment