Blog ini dicipta bertujuan membuka mata masyarakat tentang betapa bahayanya HIV kepada mereka. Namun, Dalam pada itu, pergaulan dengan para penyakit HIV tidak akan memudaratkan seseorang individu itu jika hanya bersentuhan. Tanggapan masyarakat inilah yang harus diubah supaya para penyakit HIV tidak rasa tersisih apabila berada dalam kalangan masyarakat.
Thursday, 28 March 2013
Bagaimana anda dijangkiti HIV?
Anda boleh dijangkiti HIV jika anda terdedah/tersentuh dengan bendalir
badan individu yang HIV positif. Bendalir badan yang boleh menyebarkan
virus ini adalah :
Darah
Cecair faraj
Air mani
Susu ibu
Bendalir yang dijangkiti ini boleh meresap ke tubuh badan seseorang semasa :
Mengadakan hubungan seks dengan individu yang HIV positif
Berkongsi jarum dan/atau alat suntikan dengan individu yang HIV
positif ( contohnya: bertatu, bertindik/menebuk bahagian badan atau
pengambilan dadah secara suntikan)
Terdedah kepada darah seseorang yang HIV positif
Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus kepada kandungannya
semasa hamil, semasa kelahiran dan semasa penyusuan susu ibu
No comments:
Post a Comment